nuffnang

AWESOME BLOGGERS

Thursday, 23 January 2014

Akhirnya Kisah Kita..


Mereka tanya.. 
Mengapa aku pilih dia..
Mereka tanya..
Kenapa masih bersama andai tak bahagia
Andai selalu diluka..
Andai hatimu dia tak jaga
Mereka kata..
Kenapa nak pertahankan andai setiap hari berteman air mata..



Janji kita untuk bersama..
Hingga ke hujung nyawa..
Aku pertahankan..
Akhirnya..
Putus jua di tengah jalan..
Kau pergi jua tinggalkan aku seorang..
Bersama harapan..
Bersama kenangan..

Katanya..Biar sekadar berteman..
Andai jodoh pasti bersama..

Jangan cipta harapan..
Kerna aku tahu..
Ada kebenaran..
Di sebalik apa yang kau luahkan..

Kepercayaan ..
kau hapuskan..
Bersama kasih sayang..Bersama kenangan..

Andai cintanya yang engkau cari..
Yang sentiasa kau rindui..
Yang sentiasa menemani..
dan andai dia di hatimu kini..
Aku rela kau pergi..

Bukan mudah untuk hati terima 
semua ini..
Bukan mudah untuk harungi seorang diri..
Tapi aku harus redha 
takdir ilahi..
Pasti ada hikmah tanpa kita sedari..