nuffnang

AWESOME BLOGGERS

Pages

Wednesday 23 April 2014

Ber "syukur" lah ...


Setelah bepuloh bulan menghilangkan diri..

Kini aku tiba-tiba muncul kembali.. Muahahah!!

Rezeki tu Allah datangkan dalam pelbagai bentuk.. Ada yang jodoh dia cepat je sampai, habis belajar kawin terus..ada yang lepas kawin terus je dapat baby.. Ada pulak sampai umur 40 Tahun tak kawin-kawin lagi..(kecewa ke?) Sampai orang tua-tua pon dah penat nak tanya.. (pandai penat ke dorang menyebok hal orang?) Jodoh dia belum sampai makcik.. Sabarlah..Lapo sangat ke Mak cik nak melahap nasik minyak dia tu.. Kadang-kadang geram jugak tau dengan mulut laser mak cik- mak cik nih.. (wpn bukan aku yang kene tanya) Yang orang tanya kat aku "sape pengganti?" -.- 

Ada pulak yang cepat je dapat kerja..Habis-habis je belajar terus dapat kerja Gov. Alhamdulillah..
Untungla kan.. rezeki dia..ada yang bertahun-tahun tanam anggur..Kebun anggur dia pun dah mati kering kot..haha Menunggu nak masuk Gov bukan lah mudah.Kadang-kadang sampai give up.Mati hidup balik pun tak nak pikir langsong dah pasal keje Gov. Tapi tu lah.. Rezeki Allah kan.. Kalau Dia memang nak bagi..Dia akan Bagi.. Kalau Dia nak ambik, Dia akan ambik. Tak kan lambat sehari, sejam, seminit, sesaat pun..
(Amboi..Ustazah kau.. >.<) Mudah-mudahan lepas ni ada lah rezeki kite pulak masuk Gov lepas ni..
Doa-doakan lah ye.. 

Tapi walau apa pun jadi.. Kita bersyukurlah..
Semenjak 2 menjak ni.. aku kerap ditimpa musibah.. Bukan nak mengeluh kat sini pulak.
Nak share je pon.. Ye.. Seteruk-teruk yang aku hadap ada yang lebih teruk.
Yang sakitnya tak sembuh-sembuh..
Aku tau itu. Aku besyukur dengan semua ni.
Kerana Allah dah Janji setiap musibah.. Allah gantikan dengan kebaikan.
Ye.. Hanya Janji Allah yang pasti.
Janji manusia paling aku benci!!

Kerana Musibah yang Allah bagi Aku semakin rapat dengan-Nya.
Kerana musibah itu Aku belajar erti bersyukur.
dengan setiap apa yang aku ada.

So cik abang, cik adik manis semua. Lesson Learn lepas baca tazkirah hari ni.
Bersyukurlah.. Bersabarlah.. Allah tau yang terbaik..
[Hari ni dapat tau dah LULUS exam Pegawai Arkib bulan lepas]
[Minggu lepas SPA mintak dokumen, kalau ada kosong inshaAllah calon simpanan boleh jadi jawatan tetap :)]


Thursday 6 February 2014

Benefit of Ayat Kursi



Salam Jumaat ^_^

Hari ni tak nak cakap banyak.. nak share ni je..

nak feeling ayu la konon haha.. (takut korang lupe cam mana rupa kita) haha




Thursday 23 January 2014

Akhirnya Kisah Kita..


Mereka tanya.. 
Mengapa aku pilih dia..
Mereka tanya..
Kenapa masih bersama andai tak bahagia
Andai selalu diluka..
Andai hatimu dia tak jaga
Mereka kata..
Kenapa nak pertahankan andai setiap hari berteman air mata..



Janji kita untuk bersama..
Hingga ke hujung nyawa..
Aku pertahankan..
Akhirnya..
Putus jua di tengah jalan..
Kau pergi jua tinggalkan aku seorang..
Bersama harapan..
Bersama kenangan..

Katanya..Biar sekadar berteman..
Andai jodoh pasti bersama..

Jangan cipta harapan..
Kerna aku tahu..
Ada kebenaran..
Di sebalik apa yang kau luahkan..

Kepercayaan ..
kau hapuskan..
Bersama kasih sayang..Bersama kenangan..

Andai cintanya yang engkau cari..
Yang sentiasa kau rindui..
Yang sentiasa menemani..
dan andai dia di hatimu kini..
Aku rela kau pergi..

Bukan mudah untuk hati terima 
semua ini..
Bukan mudah untuk harungi seorang diri..
Tapi aku harus redha 
takdir ilahi..
Pasti ada hikmah tanpa kita sedari..