nuffnang

AWESOME BLOGGERS

Wednesday, 19 December 2012

TRUST ME MOM..




Mak..

Nia sayanggggg sangat-sangat kat mak tau..
Allah je yang tau betapa sayangnya Nia kat mak
Kalau boleh tiap masa Nia nak bersama mak je..
Nia tak nak mak susah..
Nia tak nak mak risau..
Tapi mak.. Nia perlu kerja..
kerja pun bukan senang nak cari sekarang..
tak boleh nak pilih-pilih tempat..


Nia : Mak.. kawan Nia suruh ganti dia .. kerja kat KL..gaji pon berbaloi..tempat tinggal dah ada..

Mak : eh..tak payah laa..cari dulu keja kat sini..
mak tak nak kamu jauh-jauh..

Nia : (anak yang baik kan..) Baiklah mak.. ^_^


Next..(lepas inteview)

Mak : dapat tak??

Nia : tak tau lagi mak..dorang cakap kena tunggu la..
nanti kalau dapat dorang call..

Mak : keja office hours ke shift?

Nia : shift..ada 2..pagi and malam..balik kul 11..

Mak : ehh!!tak yah terima la kalau dorang call nanti..
cakap je tak nak k..

 Alahai mak..cam mana la anak mak ni nak berdikari..
memang la anak bongsu.. tapi tolong la..berikan kepercayaan kat anak mak ni..
 Nia nak belajar hidup tanpa bergantung dengan orang lain..


Next..(baru pagi tadi)

Mak : Nia buat apa tu??apply keja ea??

Nia : a'aa mak..

Mak : keja kat mana??post apa??

Nia : kat UNIMAS (dalam sarawak je k) je..kat library dorang..(kita kan librarian)haha

Mak : eishhh..jauh nya..nanti nak pegi keja cam mana?

Nia : abis tu nak keja kat mana lagi mak..kalau ada company kat sebelah rumah ke..
dah lama keja kat situ..masalah nya tak de..
tak pa..nanti dorang sediakan hostel untuk pekerja ke cari rumah sewa ke..
cari la alternatif lain pulak..

"dimana ada kemahuan..di situ ada jalan kan.."

Mak : baek lah..


Maybe sebab dah jauh ngan mak 5 tahun ni..
Nia tau..mak takut apa-apa jadi kat Nia kalau Nia jauh dari mak..
tak da orang nak jaga masa sakit..
nak makan nanti cam mana..
Insya-Allah..pandai-pandai la Nia cari nanti ok mak.. ^_^



15 comments:

Syazwan Che Deraman said...

hehe.
risau sungguh mak nia.
takpe, pelan pelan.
nanti dia okey la.

Chic Na said...

mak risau la tu. pelan2 pujuk mak ok. :)

Izara4eva™ said...

lahaii.. mak xnk bjauhan tu.. :)

Nick Nashram said...

mak nia sayang sangat nak berjauhan ngan anak dia tu :)
maklum la, mak mana yg tak risau anak perempuan duk jauh.

faiq said...

hehe..ni ank mnje ni..xley jauh2 dr mak

fifie said...

Yeay ada geng rupanya kita. Hahhaa. fie pun macam tu lah. dapat kerja di KL semua lepas, nak di kelantan je.

hazwan hairy said...

wahh tahniah!...smga berjaya...

cik nana said...

Nia, same lah kite. ayah nana pun klu leh nak suh nana keje sebelah umah je ni ha. nk klua dr jb mmg x lah..dpt keje jauh cket dr umah tp still kat jb pun still x lepas lagi. kwn2 yg kt KL sume dah keje..nana nk ke KL mmg xkan dpt sbb skola smpai form6 kat area rumah gak. xpnh masuk asrama semua. lepastu masuk u pun utm skudai yg dari umah cuma 20 minit je.nasib kita serupaaaaa. hehe. tapi nana ank 1st :)

Aida Omar said...

Nia emak macam tu.. aida ayah pulak macam tu.. sudahnya sampai sekarang tak dapat lagi kerja yang betul2 kukuh.. hihi. Nak mengubat duka lara ayat nie selalu aida pegang 'berbakti berkorban pada kedua orang tua InsyaAllah ganjaran pasti ada' haha.. aida pun anak bongsu jugak ^^

Aujinz said...

mana taknye.. anak bongsu... mana tak dia risau.. perempuan lak tue.. XD

ejulz said...

org swak..?

Cik Mun said...

good luck ye..

Nick Nashram said...

nia tak jadi ke buat linkwithin tu?
cuba baca tutorial kat blog ni.
mudah je..konpem jadi :)

http://pelangiisya.blogspot.com/2012/02/cara-nak-letak-linkwithin.html

shedameor said...

hati seorang ibu kan, sedihnya :'(

9n0L4 said...

hee. nnt bile nia dh jadi mak, tahu la mcm mane rase syg kat anak. :)